Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Keputusan Liga Arab terima semula keanggotaan Syria tidak sebulat suara

May 15, 2023 | 05:30 AM



BUKANLAH menjadi satu kejutan, apabila negara-negara Arab mengundi untuk memulihkan keanggotaan Syria dalam Liga Arab, selepas penggantungan selama lebih sedekad.



Walaupun keputusan itu dicapai tidak sebulat suara, dengan Qatar tetap enggan bersetuju dan Washington pula membantahnya dengan menunjukkan sikap dingin.



Namun, kemarahan yang tercetus daripada hasil pengundian itu boleh difahami dan tidak dapat dielakkan.



Penyiksaan dan pelaksanaan hukuman mati yang dibuat dengan tergesa-gesa dan sistematik, lengkap didokumentasikan sebagai bukti.



Hampir tujuh juta rakyat Syria menjadi pelarian di luar negara. Bilangan yang kehilangan tempat kediaman juga hampir sama.



Gara-gara kekejaman itulah kebanyakan negara di dunia, termasuk beberapa buah negara Arab, kecewa dengan keputusan untuk menerima pemerintah diktator itu.



Apa pun juga, tiada ada pilihan bagi negara-negara Arab untuk memajukan huraian bagi menyelesaikannya selain mengajak Syria supaya berbaik-baik dengan mereka.



Untuk terus memulaukannya, bererti tidak berlaku adil kepada rakyat Syria yang tidak berdosa itu untuk terus mengalami penderitaan.



Perlu difahami bahawa rejim Bashar al-Assad tidak bersendirian.



Di belakangnya ada satu lagi rejim yang banyak membawa masalah kepada rantau Teluk, iaitu Iran.



Tanpa bantuan dan sokongan Iran, Presiden Assad tidak mungkin dapat bertahan, memandangkan begitu banyak sekatan dan pemulauan yang dikenakan terhadapnya.



Iran pula mendampingi Moscow dan mengajak Russia supaya berbaik-baik dengan Syria.



Kemudian, Lebanon juga dilibatkan, ketiga-tiganya, Iran, Russia dan Lebanon, campur tangan menyediakan kemudahan ketenteraan dan sokongan risik.



Begitulah kira-kira senario kemelut Syria.



Tidak dapat tidak, suatu kaedah huraian harus diwujudkan dan dengan segala keterbatasan, Arab Saudi memulakan inisiatif ke arah pemulihan hubungan diplomatik.



Setelah terputus hubungan sejak 2011, maka pada 12 April 2023, kementerian luar Syria membuat pengumuman mereka telah bersetuju dengan Arab Saudi untuk menyambung semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.



Pada Ahad lalu, para menteri luar Arab yang bersidang di Kahirah, membuat keputusan untuk menerima semula Syria menganggotai Liga Arab.



Antara bantahan keras terhadap penerimaan semula itu adalah sikap Presiden Assad yang tidak mahu bertolak ansur bagi mencapai persetujuan politik untuk menghuraikan krisis di negara itu.



Pada 19 Mei 2023 ini, Liga Arab akan mengadakan satu lagi sidang untuk membincangkan tentang penerimaan semula Syria.



Liga Arab dianggotai 22 buah negara, ditubuhkan pada 1945 untuk memupuk kerjasama serantau dan menyelesaikan konflik di rantau itu.



Syria digantung keanggotaannya berikutan tindakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan jalanan yang membantah pemerintahan Presiden Assad dan tindakannya itu mencetuskan perang saudara.



Qatar, Arab Saudi dan beberapa negara Arab yang lain, membekalkan senjata kepada kumpulan penentang untuk cuba menggulingkan Presiden Assad.



Percubaan ini tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.



Kesimpulan yang dibuat untuk menerima semula Syria ke dalam Liga Arab, mengambil kira beberapa faktor berikut:



◆ Hampir mustahil untuk menggulingkan Presiden Assad.



◆ Memboikot rejim itu tidak dapat menyelesaikan konflik.



◆ Gempa pada 6 Februari 2023 mencetuskan simpati terhadap rakyat Syria.



Sekitar 6,000 orang terkorban dan ratusan ribu kehilangan tempat kediaman.



◆ Pengaruh keberhasilan China mendamaikan Arab Saudi dengan Iran turut menjadi pendorong.



◆ Amerika Syarikat pula berpaling dari Timur Tengah, mendorong negara serantau berusaha sendiri menyelesaikan konflik.



Qatar kurang setuju, tetapi membuat kenyataan "tidak akan jadi penghalang".



Kuwait juga tidak bersetuju, tetapi ingin tahu terlebih dahulu apakah syarat penerimaan semula Syria ke dalam Liga Arab.



Walaupun banyak alasan yang boleh diberikan bagi membenarkan keputusan yang dibuat oleh negara-negara Arab untuk menerima semula Syria ke dalam blok serantau itu, namun tidak kurang juga alasan yang boleh diberikan untuk tidak menerima keputusan itu.



Antaranya termasuk:



◆ Kumpulan penentang rejim Presiden Assad merasakan mereka "dibiarkan bersendirian" dan seolah-oleh Presiden Assad sudah berhasil.



◆ Sekatan Amerika dan Eropah terhadap Syria tidak memungkinkan negara Arab dapat menyalurkan pelaburan besar bagi membangun semula Syria dalam masa terdekat.



Biar apa juga pandangan yang disuarakan, kita nantikan hingga 19 Mei 2023 ini, apa hasil perbincangan para pemimpin negara anggota Liga Arab terhadap keputusan awal yang telah dicapai untuk menerima semula Syria ke pangkuan mereka.



Mesir pernah digantung keanggotaannya pada 1979 gara-gara Presiden Anwar Sadat ketika itu mahu berunding dengan Israel.



Tetapi diterima semula 10 tahun kemudian pada 1989.




"Pada Ahad lalu, para menteri luar Arab yang bersidang di Kahirah, membuat keputusan untuk menerima semula Syria menganggotai Liga Arab.

Antara bantahan keras terhadap penerimaan semula itu adalah sikap Presiden Assad yang tidak mahu bertolak ansur bagi mencapai persetujuan politik untuk menghuraikan krisis di negara itu.

... Walaupun banyak alasan yang boleh diberikan bagi membenarkan keputusan yang dibuat oleh negara-negara Arab untuk menerima semula Syria ke dalam blok serantau itu, namun tidak kurang juga alasan yang boleh diberikan untuk tidak menerima keputusan itu.

Antaranya termasuk:

◆ Kumpulan penentang rejim Presiden Assad merasakan mereka "dibiarkan bersendirian" dan seolah-oleh Presiden Assad sudah berhasil.

◆ Sekatan Amerika dan Eropah terhadap Syria tidak memungkinkan negara Arab dapat menyalurkan pelaburan besar bagi membangun semula Syria dalam masa terdekat."

- Penulis. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >