Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KEPUTUSAN RAYUAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM: Saiful kecewa suaranya sebagai mangsa jarang diambil kira

Feb 09, 2015 | 06:09 PM



KUALA LUMPUR: Hari ini Mahkamah Rayuan dijangka membuat keputusan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berdepan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari tujuh tahun lalu.


Ketika semua pihak berteka-teki keputusan yang bakal dibacakan hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Saiful hari ini meluahkan perasaan sedihnya.


Menulis di blog peribadinya, Mohd Saiful meluahkan rasa dukacita dan terkilan mutakhir ini kerana suaranya jarang diambil kira.


"Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting.


"Walhal saya ini mangsa, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim orang yang dituduh," tulis Saiful.


Saiful turut kecewa dengan sikap pihak-pihak yang disifatkan lebih "prihatin" tentang kes liwat itu terhadap senario politik berbanding kebenaran fakta.


"Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai di kalangan (Parti kerajaan dan pembangkang, penganalis bebas, orang ramai) yang berbicara dan lebih prihatin tentang kesan kes ini terhadap senario politik , berbanding kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa.


"Apapun saya sedar dan insaf, siapalah saya... Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan.. Anwar pula seorang VVIP, tokoh politik yang banyak "kepentingannya". Lumrah dunia," katanya lagi.


Selepas tujuh tahun, Saiful berkata beliau mengalami pelbagai pengalaman pahit dan manis serta menyerahkan segalanya kepada kuasa Allah.


"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya yang tegakkan kebenaran.


"Pasti ada hikmahnya. Disaat ini, hanya Allah sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti," tulis beliau lagi.


Keputusan yang bakal diumum Mahkamah Persekutuan dilihat akan memberi kesan lebih kepada Datuk Seri Anwar selaku tokoh politik pembangkang, khususnya mengenai masa depan gabungan pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).


Andai kata Datuk Seri Anwar dihukum penjara, keputusan itu secara langsung akan mengubah iklim politik di Malaysia, lebih-lebih lagi hala tuju parti komponen PR - Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >