JOHOR BARU: Polis Malaysia telah menahan Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, 28 tahun, teman lelaki warga Estonia, Cik Regina Soosalu, bagi membantu siasatan berhubung kes kematian model sambilan itu.
Tunku Alang Reza ditahan reman selama seminggu bersama dengan seorang rakan yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30 tahun, dengan perintah reman yang diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kota Tinggi.