Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan Johor lulus enakmen 'panas', kekal peranan raja

Jun 09, 2014 | 05:53 PM



NUSAJAYA (Johor): Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebentar tadi meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.


Rang Undang-Undang itu diluluskan selepas dibahaskan lebih tiga jam oleh lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tiga wakil pembangkang, dengan masing-masing diperuntukkan masa kira-kira 10 minit.


Pagi tadi, kerajaan negeri Johor membentangkan rang undang-undang baharu bagi menubuhkan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 (LPHJ) pada persidangan DUN yang sedang berlangsung.


Hasrat kerajaan negeri Johor itu sebelum ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam dalam sidang DUN menyatakan bahawa terdapat pindaan fasal dalam rang undang-undang itu khususnya peruntukan yang menyentuh peranan raja.


Pindaan dilakukan selepas pihak berkuasa negeri mengambil kira tohmahan dan reaksi pelbagai pihak selain mahu memelihara sistem demokrasi raja berpelembagaan yang diamalkan selama ini. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >