KUALA LUMPUR: Ahli keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH370 berharap kerajaan Malaysia memberi penjelasan dan bukti kukuh berkenaan kehilangan pesawat tersebut.
Ibu pramugara Hazrin Hasnan, Cik Zainab Mohd Ariffin, berkata kerajaan seharusnya menampilkan bukti yang kukuh setelah mengumumkan bahawa penerbangan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.