Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan Malaysia larang eksport 4 jenis ikan, udang dari 1 Jan hingga 28 Feb

Dec 18, 2018 | 02:00 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan melarang eksport empat jenis ikan dan udang yang ditangkap-liar untuk menangani isu kekurangan dalam pasaran semasa musim tengkujuh dan perayaan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub, pada Isnin (17 Disember).



Kata Encik Salahuddin, ekport ikan kembung, selar, pelaling dan bawal serta udang akan dilarang dari 1 Januari hingga 28 Februari 2019, dalam laporan Bernama.



Tiga persatuan - Persatuan Nelayan Negara, Persatuan Nelayan Kedah dan Persatuan Nelayan Daerah Besut - akan ditugaskan untuk menyimpan ikan beku dan mengedarkan bekalan ke seluruh negara, kata Encik Salahuddin, dalam sidang akhbar Parlimen.



“Buat masa ini, bekalan ikan beku adalah sekitar 400 tan di tiga pusat simpanan,” kata beliau.



Kata Encik Salahuddin, kerajaan akan membenarkan nelayan yang menggunakan kapal pukat tunda 15 tan atau 15 GRT (gross registered tonnage) di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor untuk menangkap udang pada Januari dan Februai 2019, asalkan kapal itu diengkapkan dengan alat pencegah jerat penyu.



“Ada 148 kapal pukat tunda di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor. Jabatan Perikanan telah menerima 45 permohonan baru yang memenuhi syarat,” kata beliau.



“Mengikut statistik, Malaysia menangkap 115,000 tan udang pada 2017, dengan kapal pukat tunda menangkap tiga peratus jumlah itu, tambah Encik Salahuddin.



Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata negara itu sedang meninjau langkah mengehadkan atau menyekat eksport telur, untuk memastikan bekalan mencukupi bagi pasaran dalam negeri.



Sekitar 73 peratus telur yang digunakan di Singapura berasal dari Malaysia, menurut Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) di Singapura. Sekitar 25 peratus telur dihasilkan di sini.



Kurang satu peratus telur diimport dari ladang yang diiktiraf di Thailand, Jepun, Australia dan New Zealand.



AVA berkata bekalan belum terganggu dan ia ada rancangan untuk mendapatkan telur dari tempat lain jika perlu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >