Kerajaan M'sia tolak dakwaan wang EPF dilabur dalam 1MDB

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah menolak dakwaan bahawa wang dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) negara itu telah digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad's (1MDB).

Timbalan Menteri Kewangan Johari Abdul Ghani berkata EPF tidak melakukan sebarang pelaburan langsung dalam 1MDB.

"Ini adalah tidak benar dan perkara tersebut tidak berlaku," kata beliau semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Barisan Nasional bagi Kalabakan Abdul Ghapur Salleh di Parlimen, hari ini, Rabu,

Namun Datuk Johari menjelaskan bahawa EPF telah melabur dalam bon yang dikeluarkan oleh syarikat jana kuasa Jima Energy Ventures Sdn Bhd dan Panglima Power Sdn Bhd.

Kededuanya dimiliki 1MDB.

"Bagaimanapun, pelaburan-pelaburan EPF dalam dua syarikat itu dilakukan sebelum ia dimiliki oleh 1MDB," tambah beliau. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.