Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

'Kerajaan sederhana dalam larang rokok kerana haram penuh tak dapat hentikan tabiat'

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia melihat pendekatan sederhana bagi mengawal selia semua produk rokok, termasuk bahan mengandungi nikotin, adalah langkah terbaik yang dapat dilaksana buat masa ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Beliau berkata tindakan drastik, termasuk mengharamkan kesemua produk rokok, tidak dapat mengawal masyarakat daripada meneruskan tabiat itu.



"Kita ambil tindakan memberi kesedaran, tetapi mengambil tindakan mengharamkan nikotin, e-rokok, itu agak drastik dan tak mampu dilakukan mana-mana negara dunia.



"Orang (masih) pilih untuk merokok walaupun kita keluarkan kempen, sama seperti arak. Jadi sementara kita kempen mengenai kesan negatif (rokok), tetapi kita teruskan percukaian.



"Ini sekadar untuk tidak menjadikan bahan itu tersebar luas dan murah," katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat (Parlimen) pada Selasa, lapor Berita Harian Malaysia.



Datuk Anwar berkata demikian apabila menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai implikasi daripada tindakan kerajaan menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik, atau e-rokok, daripada Akta Racun 1952.



Penggubal dasar itu berkata langkah tersebut seolah-olah menggadaikan masa depan generasi muda yang terdedah kepada ketagihan dan penyakit berkaitan rokok.



Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata beliau sedar keputusan itu mendapat bantahan khususnya daripada pelbagai badan perubatan profesional dan persatuan bukan kerajaan (NGO).



"Badan profesional semuanya menentang keras soal ini tetapi pada hemat kerajaan, buat sementara ini kita sukar untuk mengharamkan, tetapi boleh meningkatkan kesedaran.



"Ada ulama yang haramkan rokok, umpamanya, tetapi perokok (tetap) ada. Ini masalah (sejak) ribuan tahun.



"Sebab itu pendekatan kita sederhana, mengenakan cukai tetapi tegas untuk melarang (misalnya) di Parlimen, sekolah.



"Sekatan cukup meluas ke atas masyarakat, terutama orang muda, (sama ada) bagi penggunaan vape atau rokok," katanya.



Dalam pada itu, Datuk Anwar turut menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Kuching) mengenai kemungkinan kerajaan menimbangkan menyalurkan 50 peratus hasil cukai vape dan rokok kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan pesakit.



"Setakat ini apa yang diputuskan oleh kerajaan, apa-apa hasil dari cukai vape ini, 50 peratus akan dikembalikan kepada KKM untuk bantu langkah pemulihan kesihatan.



"Tetapi nak panjangkan kepada yang lain-lain, kita akan pertimbangkan semula," kata Datuk Anwar.



Selain itu, beliau memberi jaminan bahawa rang undang-undang (RUU) baru yang akan mengawal selia semua produk rokok, termasuk bahan rokok mengandungi nikotin, tidak akan dilengahkan tetapi akan dibentangkan Mei ini.



Beliau berkata pelaksanaan RUU itu tertangguh disebabkan banyak reaksi negatif daripada Ahli Parlimen (AP).



"(Kerajaan) bukan menolak, pada prinsipnya kita akan terus membentangkan RUU ini tetapi tidak boleh dilakukan kerana pada peringkat awal kita setuju disekalikan RUU ini dengan cukai vape.



"Namun oleh kerana banyak bantahan, kita cadangkan Kementerian Kesihatan berunding semula dengan Ahli Parlimen secara teliti dan dengan semua badan kesihatan dengan maksud melaksanakan, bukan melengahkan.



"Pada tahun ini juga, insya-Allah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >