BANGKOK: Mahkamah Sivil Thailand semalam memutuskan keadaan darurat yang diisytiharkan di negara itu tidak boleh dijadikan alasan bagi kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas para penunjuk perasaan.
Mahkamah juga melarang penggunaan kekerasan ke atas para penunjuk perasaan yang mendakwa mereka mengadakan bantahan secara aman.