ALOR SETAR: Seorang kakitangan awam antara 15 yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan kenderaan mewah dari negara jiran termasuk Singapura untuk dijual di negara ini, kata Pengarah Kastam Kedah, Encik Abdul Latif Abdul Kadir.
Ini berikutan Kastam Kedah menyita 81 kenderaan mewah bernilai RM7.58 juta ($2.86 juta), termasuk cukai sejak Januari hingga Mac tahun ini yang dirampas dalam operasi di sekitar Lembah Klang, Perak, Bukit Kayu Hitam, Durian Burung dan Sungai Petani, lapor Berita Harian Online semalam.