MUAR: Mujur selamat. Itulah nasib pemandu kereta 'Lotus Elise' ini, Encik Lim Lik Wie, yang ditemui masih 'terikat' pada tempat duduknya kerana menggunakan tali pinggang keledar selepas kereta beliau tergelincir dan terbabas di Kilometer 147.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Pagoh, Muar, kelmarin.
Beliau dipercayai memandu dengan laju sehingga hilang kawalan dan menyebabkan keretanya tergelincir dan merempuh pembahagi jalan raya.