WASHINGTON: Kerja rumah yang diberikan sebuah sekolah menengah di Amerika Syarikat memerlukan pelajar menghasilkan semula tulisan tangan Arab klasik supaya mereka lebih menghargai 'keseniannya.'
Sebaliknya, kerja rumah itu mencetuskan kemarahan selain ancaman keganasan yang mendorong pihak berkuasa menutup sementara seluruh sekolah di kawasan itu semalam. Guru kelas Geografi Dunia di Sekolah Tinggi Riverheads di Staunton, Virginia, Cik Chery LaPorte, meminta pelajarnya menyalin tulisan Arab.