Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerry akan temui pegawai Saudi, UAE bagi satukan pembangkang Syria

Nov 23, 2015 | 03:24 PM



ABU DHABI: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, sedang berusaha mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi di Abu Dhabi pada Isnin (23 Nov) untuk mencari jalan bagi mengumpulkan kumpulan pembangkang Syria dalam satu persidangan yang akan dihos Arab Saudi bulan depan.


Dalam mesyuarat di ibu negara UAE itu, yang diatur secara tergesa-gesa, Encik Kerry; Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed al-Nahayan; dan Menteri Luar Arab Saudi, Encik Adel al-Jubeir, akan membincangkan cara menyatukan penentang Presiden Syria Bashar al-Assad, ujar seorang pegawai kanan Jabatan Negara Amerika.


Arab Saudi, Iran, Turkey dan lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Amerika, Britain, Perancis, Russia dan China - bertemu awal bulan ini di Vienna, di mana mereka bersetuju melancarkan perbincangan rasmi antara pemerintah Encik Assad dan seterunya menjelang 1 Januari.


Perpecahan antara puak pembangkang Syria, ada disokong Barat sementara yang lain oleh negara Teluk Arab, sering disebut sebagai salah satu daripada banyak halangan yang dihadapi usaha diplomatik untuk menamatkan konflik negara itu.


Arab Saudi dan negara Sunni Islam Teluk Arab telah lama menjadi penyokong utama pemberontakan terhadap Encik Assad, yang mereka tegaskan mesti melepaskan kuasa.


Konflik Syria bermula pada 2011 dengan bantahan terhadap pemerintahan keluarga Assad selama 40 tahun.


Kira-kira 250,000 orang terbunuh dan 11 juta - separuh jumlah penduduk Syria - diusir dari rumah mereka akibat konflik tersebut.


Berpuluh-puluh ribu pelarian Syria melarikan diri ke Eropah sejak beberapa bulan lalu, membawa kepada peningkatan usaha Washington dan negara lain mencari penyelesaian politik bagi menamatkan perang saudara di neagra itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >