BAITULMAKDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, kelmarin berkata beliau telah memenangi sokongan Arab Saudi bagi satu persetujuan damai antara Israel dengan Palestin.
Diplomat paling kanan Amerika itu berkata Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud telah menawarkan "sokongannya" kepada usaha Amerika menghuraikan konflik IsraelPalestin itu, dan satu rangka kerja bagi rundingan yang sedang diusahakan menjelang April ini.