RAMALLAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, menegaskan bahawa beliau telah mencatatkan kemajuan dalam rundingan dengan Israel dan Palestin, tetapi akur lebih banyak masa diperlukan untuk mencapai perjanjian damai.
Ditemui selepas rundingan dengan pemimpin Palestin, Encik Mahmoud Abbas, kelmarin, Encik Kerry berkata setiap pihak telah bekerja keras dan komited dalam usaha untuk mengatasi permusuhan yang telah membelenggu sejak berdekad lalu.