Kerugian banjir di Malaysia dianggar berbilion ringgit

PUTRAJAYA: Kerugian akibat banjir di seluruh Malaysia dianggar mencecah berbilion ringgit.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau sudah mengarahkan semua jawatankuasa terbabit di setiap daerah membuat taksiran kerugian akibat bencana itu.

"Perkiraan ini meliputi semua perkara, baik harta kerajaan mahupun milik individu dan pihak swasta, bagi mengetahui nilai keseluruhan kerugian itu.

"Kita juga mahu melihat sejauh mana banjir ini memberi masalah kepada kita," katanya ketika berucap pada majlis pelepasan Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, lapor Harian Metro Online hari ini, Isnin.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.