Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes 1MDB: Menteri Besar Johor gesa Umno usah diam diri kekang rasuah

Aug 04, 2015 | 02:43 PM



JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini berkata sudah tiba masanya parti Melayu itu mengambil langkah ke depan dan tidak lagi berdiam diri apabila rasuah mula menjadi budaya dalam parti itu.


Menulis di laman Facebook rasminya pagi tadi, Menteri Besar Johor itu mengingatkan ahli Umno usah terus berdiam diri jika amanah yang diberikan kepada parti dan pemimpin sudah pun dikhianati.


Datuk Khaled di antara yang lantang bersuara mengenai kesetiaan dan tindakan ahli parti selepas pemecatan timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh.


"Umno tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergelumang dengan kemiskinan dan jurang keberadaan.


"Umno tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati.


"Umno tidak boleh hanya membisu bila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti atau disiplin kepartian mentaati pemimpin," kata Datuk Khaled.


Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 bilion ($0.93 bilion) dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sumbangan dari penderma. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >