JOHOR BAHRU: Seorang wanita tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini semalam, atas tuduhan menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dalam kejadian pada 18 Februari lalu.
Sam Ke Ting, 22 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar, lapor Berita Harian Online.