Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes baru Zika di Malaysia dan Filipina

Sep 14, 2016 | 10:46 AM



KUALA LUMPUR/MANILA: Malaysia dan Filipina melaporkan pada Selasa (13 Sep) kes baru Zika, dengan dua lagi orang dijangkiti di setiap negara.



Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Subramaniam Sathasivam, berkata dalam satu kenyataan bahawa negara itu mempunyai dua kes baru yang disahkan jangkitan Zika.



Pesakit itu ialah adik-beradik, dan merupakan kes kelima dan keenam di Malaysia.



Kes kelima melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun yang hamil dua bulan dan tinggal di Miri, Sarawak. Beliau pernah bekerja di Singapura dan terakhir melawat Singapura antara 24 dan 29 Julai.



Beliau pergi ke sebuah klinik swasta pada 6 Sep kerana demam, selesema dan sakit tekak berpanjangan.



Pesakit itu dimasukkan ke sebuah hospital di Miri pada Ahad bagi pemeriksaan dan siasatan lanjut selepas didapati positif Zika.



Kes keempat melibatkan kakak wanita itu, yang berusia 39 tahun dan menetap di Setapak, Kuala Lumpur.



Malaysia melaporkan tiga kes yang disahkan awal bulan ini, termasuk seorang wanita hamil berumur 27 tahun di Johor Baru. Pesakit lain tinggal di Klang di Selangor, dan Kota Kinabalu di Sabah.



Jangkitan di Filipina pula berlaku di tengah bandar Iloilo, 600 kilometer ke selatan Manila.



Menteri Kesihatan Paulyn Ubial berkata virus bawaan nyamuk itu ditemui dalam dua orang yang tinggal di rumah yang sama dengan seorang wanita berusia 45 tahun yang didapati positif Zika pada 5 Sep.



Wanita itu, yang telah berkahwin tetapi tidak hamil, adalah kes pertama jangkitan tempatan Zika di Filipina tahun ini. Dua kes baru itu juga dipercayai akibat jangkitan tempatan.



Filipina telah melaporkan empat kes lain sejak Januari, tetapi ia melibatkan seorang pelancong dari Amerika Syarikat dan tiga pelancong Korea Selatan. Empat kes itu dianggap berkaitan perjalanan dan bukan jangkitan tempatan.



Dua kes baru di Iloilo itu menjadikan jumlah jangkitan Zika yang dilaporkan di Filipina sejak 2012 sebanyak lapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >