Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KES BUDAK PINTAR M'SIA SUFIAH YUSOF: Muncul di TV3 selepas lebih 10 tahun berdiam diri

Feb 09, 2015 | 05:20 PM



KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun menyepi, Cik Sufiah Yusof, 31 tahun, yang pintar matematik dan memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun tetapi kemudian menjadi pekerja seks, muncul dalam rancangan Nona terbitan TV3 bagi berkongsi pengalaman hidupnya.


Cik Sufiah, yang tidak memaklumkan tempat tinggalnya sekarang, turut berkongsi kisah hitam yang ditempuhi pada 2008 apabila menjadi pekerja seks beberapa tahun di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester, bagi menyara hidup, lapor Utusan Malaysia semalam.


Mengaku tertekan kerana diburu wartawan pada masa itu, beliau berkata beliau tidak dapat menanganinya dengan baik.


"Memang betul, saya terlibat dengan industri seks selepas gagal dalam perkahwinan dengan pelajar undang-undang, Jonathan Marshal, pada 2004.


"Mereka (wartawan) cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya dapat merakam secara rahsia aksi saya di atas katil.


"Walaupun anda tidak bersetuju akan pekerjaan saya, cara itu tidak adil sama sekali.


"Malah, ketika saya menjadi buruan media, ia satu keadaan tidak masuk akal dan setiap hari saya menerima pelbagai e-mel berbentuk ugutan.


"Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan saya, yang masih remaja ketika itu," kata Sufiah dalam temu ramah rancangan tersebut.


Cik Sufiah, pelajar pintar Matematik kacukan Pakistan dan Melayu mencatat sejarah apabila pada tahun 1997 memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun. Bapanya, Encik Yusuf Farouk adalah warga Pakistan, manakala ibunya, Cik Halimaton Yusof berasal dari Johor, Malaysia.


Ketika ditanya mengenai keluarganya, Cik Sufiah berkata mereka jarang berhubung, dan hubungan antara mereka mula renggang sewaktu usianya mencecah 15 tahun akibat tiada inspirasi dan nilai persaudaraan yang sama.


"Saya selesa dengan cara hidup sekarang dan tinggal dengan rakan-rakan. Semakin dewasa, saya lebih memahami, dan tidak semua orang mempunyai nilai dan aspirasi yang sama.


"Setiap orang bebas membuat pilihan selain mampu menangani setiap masalah dengan pilihan yang dibuat. Saya tidak bermaksud masyarakat setuju dengan apa yang saya lakukan kerana mereka bebas menjalani kehidupan yang dimahukan," katanya.


Cik Sufiah berkata beliau bersetuju akan temu ramah itu disiarkan kerana sudah lama beliau tidak bercakap kepada media dan mahu laporan lebih baik berkenaannya dikongsi bersama masyarakat.


"Saya faham ketika itu ramai mengambil berat dan memberi sokongan walaupun tidak mengenali saya.


"Ketika menjadi buruan pada 2008, saya tahu ada rakyat Malaysia prihatin, dan saya amat menghargainya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >