PETALING JAYA: Kematian seorang remaja Sarawak yang memuat naik satu kisah di Instagram sejurus sebelum membunuh diri bukan sahaja mendapat perhatian di seluruh dunia, malah meningkatkan pengawasan terhadap wadah media sosial.
Remaja perempuan berusia 16 tahun itu memuat naik satu pos dengan tajuk 'Sungguh Penting, Bantu Saya Pilih D/L'. D dan L dianggap bermakna 'mati' (death) dan 'hidup' (live).