KANGAR (Perlis): Mahkamah Sesyen Kangar semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri kerajaan lama Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahidan Kassim, selepas dia tidak hadir di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan, dipercayai berhubung kes dia dikatakan mencabul seorang gadis bawah umur.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Johari Hassan selepas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Nordin Ismail membuat permohonan baginya.