Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes demam kepialu bertambah mendadak di Kuala Lumpur

Oct 21, 2015 | 11:40 AM



PETALING JAYA: Kes demam kepialu, atau tifoid, meningkat mendadak di Malaysia, dengan 32 dilaporkan di Kuala Lumpur sejak Ogos lalu.


Kementerian Kesihatan sedang berusaha mencari sumber jangkitan itu, tetapi pendatang tanpa izin yang bekerja sebagai pengendali makanan di Kuala Lumpur sedang dilihat mungkin sebagai penyebabnya.


"Masalah ini mungkin terletak pada pekerja tanpa izin yang sama sekali tidak diperiksa secara perubatan dan mereka menjadi pembawa penyakit ini," kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya.


Demam kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi dan merebak dengan memakan makanan atau air tercemar dengan najis orang yang dijangkiti.


Penyakit itu biasanya lebih kerap berlaku di kawasan luar bandar.


Datuk Seri Hilmi berkata sedang pekerja asing perlu menjalani pemeriksaan perubatan Fomema sebelum disahkan untuk pekerjaan, pekerja tanpa izin tidak tertakluk pada suntikan antitifoid wajib.


"Kami masih menyiasat untuk menentukan sumber dan pembawa penyakit ini," ujar beliau di lobi bangunan parlimen pada pagi Rabu (21 Okt).


Menurutnya, terdapat campuran penduduk tempatan dan warga asing yang dijangkiti penyakit itu.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam, pula berkata keadaan terkawal, tetapi beliau menasihati orang ramai supaya mengambil langkah-langkah bagi memastikan kebersihan diri dan tidak mengambil makanan atau makan di tempat tidak selamat.


Dalam satu kenyataan pada Isnin, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur mencatat tujuh kes demam kepialu pada minggu pertama Ogos.


Orang terlibat ialah pekerja yang tinggal di Cheras dan bekerja di pusat bandar.


Sejak itu, lebih banyak kes dilaporkan, menjadi 32 di Titiwangsa, Kepong, Lembah Pantai and Cheras pada 18 Oktober.


Tiada kematian dilaporkan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >