Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes dera: Budak 5 tahun hanya diberi makan keropok dan minum air kosong

Jul 02, 2015 | 11:52 AM



PASIR MAS: Badan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5 tahun, hanya dipenuhi dengan luka dan lebam.


Ketika di rumah dia hanya diberi makan keropok lekor dan air kosong.


Namun, apabila berada di tabika, dia akan makan dengan banyak.


Seorang guru tabikanya berasa curiga apabila diminta tidak memberi makan kepada Nur Zuliana itu dengan makanan yang mengandungi gula "kerana dia mempunyai masalah kulit".


Apabila guru tabika, Cik Rohaida Mohammad, 44 tahun, bertanya kanak-kanak itu apa yang dimakannya di rumah, beliau memberitahu:


"Dia kata dia hanya makan keropok lekor dan minum air kosong di rumah," kata Cik Rohaida, yang bekerja di Tabika Ummi.


Nur Zuliana berada dalam keadaan trauma dan seluruh anggota badannya dipenuhi parut dipercayai menjadi mangsa dera ibu tiri kini di dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.


Kes penderaan itu terbongkar apabila kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >