Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes pertama di Eropah bayi dilahirkan dengan penyakit berkaitan Zika

Jul 26, 2016 | 12:34 PM



BARCELONA: Seorang wanita yang dijangkiti virus Zika melahirkan bayi yang mengalami mikrosefali, sejenis gangguan yang merosakkan otak, di Sepanyol pada Isnin (25 Julai), ujar pihak hospital.



Ia kes pertama seumpama itu di Eropah.



Wanita tersebut, yang tidak dikenal pasti, dijangkiti virus itu semasa di luar negara tetapi pihak berkuasa enggan mendedahkan di mana. Sumber hospital berkata beliau dijangkiti di Amerika Latin, tempat virus Zika berleluasa.



"Bayi itu tidak memerlukan sembarang bantuan pernafasan," kata Encik Felix Castillo, ketua neonatal di Hospital Vall d'Hebron di Barcelona, dalam satu sidang akhbar.



Beliau menambah bahawa tanda-tanda vital bayi itu "normal dan stabil".



Jantina bayi tersebut tidak didedahkan atas sebab-sebab privasi.



Kesihatannya sedang sentiasa "dipantau" dan ujian awal mengesahkan "lilitan kepalanya lebih kecil daripada biasa dan ia mempunyai mikrosefali", tambah Encik Castillo.



Bayi itu dilahirkan melalui pembedahan.



Pihak berkuasa memaklumkan pada Mei bahawa mereka mengesan mikrosefali pada janin, tetapi pasangan itu memutuskan meneruskan kehamilan tersebut.



Doktor enggan memberi sebarang maklumat lanjut mengenai ibu atau anak itu.



Sebelum ini, seorang wanita di Slovenia yang mengandung bayi dengan mikrosefali didapati mempunyai virus itu dan beliau memutuskan mengugurkan kandungannya.



Berita kelahiran bayi di Sepanyol itu datang sedang penyelidik memberi amaran bahawa puluhan ribu bayi mungkin dilahirkan dengan masalah perubatan berkaitan Zika disebabkan wabak itu di Amerika Latin dan Caribbean.



Unjuran matematik mencadangkan kira-kira 93.4 juta orang mungkin dijangkiti Zika - termasuk kira-kira 1.65 juta wanita hamil - sebelum wabak itu beransur-ansur berakhir, lapor sebuah pasukan pada Isnin (25 Julai) dalam jurnal Nature Microbiology.



Virus Zika, yang tiada ubat atau vaksin, ditemui kali pertama di Uganda pada 1947, dan mengejutkan dunia apabila ia berleluasa di Amerika Latin tahun lalu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >