PETALING JAYA: Mead Johnson Nutrition Malaysia (MJN) menasihatkan pengguna dan peruncit seluruh negara supaya memulangkan produknya, Enfalac A+ Step 1 Infant Formula dalam pek 1.8 kilogram, untuk digantikan segera menyusuli berita susu tiruan di Johor.
Dalam kenyataannya, MJN berkata program penggantian produk sedang dijalankan susulan siasatan untuk menghapuskan produk tiruan. Setakat ini, mereka telah mengenal pasti sebilangan kecil produk disyaki tiruan dijual di beberapa kedai runcit Johor.