Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes tembakan di California adalah ke-355 tahun ini di AS

Dec 03, 2015 | 12:06 PM



KEGANASAN melibatkan tembakan terhadap orang ramai yang berlaku di San Bernardino di California awal pagi adalah adalah kes ke-355 yang berlaku di Amerika Syarikat tahun ini, lapor akhbar The Washington Post.


Menukil catatan Reddit, tembakan rambang ke atas orang ramai ini ditakrifkan sebagai kejadian di mana empat orang atau lebih telah terbunuh atau cedera disebabkan tembakan.


Reddit merupakan laman berteraskan sistem 'papan tanda' dalam talian yang kandungannya disumbangkan pengguna.


Pemantauan Tembakan Rambang yang dilakukan Reddit adalah berbeza daripada pangkalan data berkenaan kes tembakan lain kerana ia menggunakan takrif lebih luas berbanding takrif lama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menjurus kepada satu tembakan sahaja.


Selain kejadian di San Bernardino, satu lagi kejadian serupa dilaporkan berlaku di Savannah, Georgia, di mana seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.


Semasa berucap menyusuli satu kejadian keganasan di Colorado Springs minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menggesa warganya untuk tidak membiarkan keganasan seperti ini "menjadi kebiasaan".


Bagaimanapun, data menunjukkan kejadian sebegini kini lazim.


Jumlah kes tembakan rambang terhadap khalayak tahun ini telah melepasi keseluruhan jumlah kes serupa pada 2014, menurut dapatan Reddit.


Ia malah jauh melepasi 363 kes yang dilaporkan pada 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >