KUANTAN: Operasi pembersihan kesan bauksit di kawasan terjejas akibat kegiatan perlombongan di sekitar daerah ini bermula melibatkan anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, berkata semua agensi yang terlibat hadir pada sesi taklimat sekitar 10 pagi kelmarin sebelum operasi pembersihan dimulakan di persimpangan jalan di Tanjung Pasir di sini, lapor Utusan Malaysia semalam.