BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Prayuth Chan-ocha, mengarahkan keselamatan di Bangkok diperketatkan selepas dua bom kecil meletup di luar sebuah pusat beli-belah mewah di tengah Bangkok malam kelmarin - keganasan pertama sejak rampasan kuasa tentera pada Mei tahun lalu.
"Saya telah mengarahkan keselamatan diperketatkan kerana kes ini melibatkan kesejahteraan rakyat," kata Encik Prayuth kepada pemberita.