Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keselamatan di Bali diperketat

Aug 23, 2016 | 11:31 AM



DENPASAR (Bali): Pihak berkuasa Indonesia telah memperketat keselamatan di Bali, kata seorang pegawai polis pada lewat Isnin (Ogos 22) malam, selepas laporan hujung minggu lalu mengenai kemungkinan militan merancang menyerang pulau percutian itu.



"Sehubungan dengan maklumat mengenai penangkapan pengganasan dan serangan yang dirancang di Bali, kami meningkatkan kawalan di semua pintu masuk ke Bali," kata ketua polis wilayah Sugeng Priyanto.



"Tumpuan perhatian kami termasuk pelabuhan kecil yang tersebar di seluruh Bali," kata beliau sambil menambah bahawa pintu masuk tidak rasmi juga dipantau.



Polis antipengganasan berkata pada hujung minggu lalu mereka sedang menyiasat apakah seorang suspek militan yang ditangkap di Sumatera minggu lepas sedang merancang serangan di Bali.



Polis menemui bom dan "bahan letupan berimpak tinggi" dalam satu serbuan di rumahnya.



"Suspek memberitahu kami dalam satu kenyataan bahawa mereka merancang serangan di Bali tetapi tidak ada maklumat atau garis masa," kata jurucakap polis kebangsaan Agus Rianto melalui telefon.



Satu pengeboman di kelab malam di pulau peranginan itu pada 2002 oleh militan tempatan membunuh 202 orang, kebanyakannya warga Australia, dan mendorong tindakan keras pasukan keselamatan di seluruh negara. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >