Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keselamatan siber perkara kritikal bagi kerjasama lebih erat Asean dan Australia: PM Lee

Mar 18, 2018 | 02:23 PM



SYDNEY - Asean dan Australia perlu bekerjasama dengan lebih rapat mengenai isu keselamatan siber, merangkumi  jenayah Internet kepada berita palsu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada  Ahad (18 Mac).



Semasa berucap kepada pemimpin Asean lain dan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull di sidang pleno Sidang Puncak Khas Asean-Australia, beliau berkata jenayah siber adalah masalah rentas sempadan yang sukar dikawal.



"Ia boleh memberi kesan drastik kepada penduduk kita, contohnya dari segi prasarana  kritikal, dan ia boleh membahayakan - melemahkan kepercayaan yang menjadi teras  masyarakat kita bersama, misalnya melalui berita palsu."



Dunia semakin terdedah kepada ancaman keselamatan siber, tambahnya, dan oleh itu penting bagi pemerintah membangunkan peraturan dan norma baru bagi menangani  cabaran itu.



Menurutnya, rantau ini mempunyai potensi memainkan peranan dalam wacana antarabangsa mengenai keselamatan siber. Beliau berkata Dialog Dasar Siber Asean-Australia yang dicadangkan dapat menjadi wadah bagi pertukaran dasar dan pembinaan kapasiti yang lebih baik .



Satu lagi bidang bagi kerjasama strategik ialah membangunkan bandar bijak, katanya.



 Inisiatif Bandar Bijak Asean-Australia, yang diumumkan Encik Turnbull pada Sabtu, melengkapi inisiatif Rangkaian Bandar Asean dan Pelan Induk Asean mengenai Kesalinghubungan Asean 2025, katanya.



"Kami harap dapat bekerjasama dengan Australia dan perniagaannya untuk mempromosikan pembangunan perbandaran dan inovasi di seluruh rantau ini."



Encik Lee juga mengulangi peri pentingnya bagi rantau ini melipatgandakan usaha  meneruskan perdagangan bebas dan integrasi ekonomi serantau.



"Ini amat penting sedang kecenderungan sejagat kian bergerak bertentangan dengan perdagangan antarabangsa dan globalisasi. Amerika Syarikat telah mengenakan tarif ke atas panel solar, aluminium dan keluli, dan menimbangkan langkah-langkah lebih dramatik lagi," katanya.



"Langkah-langkah ini boleh membawa kepada tindak balas yang tegas dan perang perdagangan. Ini akan menjadi sangat berbahaya kepada ekonomi Asean, dan Australia, kerana kita semua sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa."



Langkah lanjut yang perlu diambil, kata Encik Lee, adalah mengusahakan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian perdagangan yang melibatkan Asean, China, Australia, New Zealand, India, Jepun dan Korea Selatan.



"Kita harus meningkatkan usaha membuat kesepakatan ke hadapan dan saling menguntungkan, yang meliputi semua pemain utama di rantau Asia, dan yang sesuai dan menyokong matlamat kita bagi seni bina serantau yang terbuka dan inklusif," katanya.



"Kami berharap dapat menyimpulkan RCEP pada tahun ini yang boleh berlaku dengan syarat semua anggota RCEP, Asean, Australia, dan lain-lain, melaksanakan usaha terbaik mereka."



Semasa berucap di pembukaan sesi pleno, Encik Turnbull berkata Australia komited untuk menyokong Asean sebagai "pengatur strategik rantau ini".



"Sepanjang 50 tahun lalu Asean telah menggunakan pengaruhnya untuk meredakan ketegangan, membina keamanan, menggalakkan kerjasama ekonomi dan menyokong  mengekalkan kedaulatan undang-undang."



Merujuk mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, Encik Turnbull berkata: "Untuk menukil bapa pengerusi, kita ingin mempunyai rantau di mana ikan besar tidak memakan ikan kecil dan ikan kecil memakan udang. Kita mahukan ranatau di mana semua orang, tanpa mengira saiznya, dihormati kedaulatannya dan keupayaan mereka  menentukan jalan mereka sendiri. "



Menyusuli sidang pleno pagi itu, kumpulan pemimpin akan mendengar daripada pemimpin perniagaan yang menghadiri Sidang Puncak Perniagaan Asean-Autralia awal minggu ini, serta pakar-pakar penguatkuasa undang-undang yang menyertai persidangan menentangn pengganasan pada Sabtu.



Pemimpin Asean dan Encik Turnbull akan mempunyai rahat sendiri. Encik Turnbull berkata mereka akan membincangkan beberapa cabaran keselamatan yang paling mendesak di rantau itu, "termasuk bagaimana bertindak tegas dan berkesan terhadap ancaman maut yang ditimbulkan Korea Utara".



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >