RANAU (Sabah): Kesemua 239 orang - termasuk 130 pendaki - yang berada di Gunung Kinabalu telah selamat dibawa turun selepas satu gempa bumi sekuat 5.2 pada skala Richter melanda daerah Ranau kelmarin malam.
Selain dua wanita yang menderita penyakit gunung akut semasa turun, semua yang lain dibawa turun dengan selamat pada 4.30 pagi semalam, kata jurucakap Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Sabah.