ISLAMABAD: Semua 48 mangsa yang menaiki pesawat Pakistan yang terhempas pada Rabu terbunuh, sekali gus menjadikan ia salah satu daripada nahas penerbangan terburuk dalam sejarah negara itu.
Pihak berkuasa penerbangan awam berkata penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) PK661 terhempas selepas salah satu daripada enjin turbopropnya gagal berfungsi semasa dalam penerbangan dari bandar Chitral ke Islamabad.