PUTRAJAYA: "Saya bukan cabut, saya tangguhkan perbicaraan untuk menyejukkan suasana," jelas Ketua Hakim Negara Malaysia, Tun Arifin Zakaria, ketika mengulas mengenai tindakan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan "meninggalkan" sidang seketika sewaktu mendengar rayuan kes liwat Anwar Ibrahim minggu lalu.
Tun Arifin menyatakan beliau mengambil pendekatan mudah, iaitu menangguhkan panel yang dipengerusikannya itu jika berlaku situasi atau perkara tidak sepatutnya, lapor Utusan Malaysia semalam.