Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua kartel dadah Mexico ditangkap jelang lawatan Biden ke negara itu

Ketua kartel Sinaloa dipercayai antara yang terbesar dan berpengaruh dalam pengedaran dadah
Jan 07, 2023 | 05:30 AM



MEXICO CITY: Pasukan keselamatan Mexico kelmarin telah menangkap ketua kartel dadah, Ovidio Guzman, iaitu anak lelaki kepada Joaquin 'El Chapo' Guzman yang sedang dipenjarakan, menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, minggu depan.



Berlaku tiga tahun selepas gagalnya satu operasi untuk menangkap Ovidio, yang memalukan pemerintah pimpinan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, tangkapan itu mencetuskan keganasan hingga memaksa penguasa keselamatan menutup lapangan terbang dan sekolah-sekolah di bandar Culiacan.



Menteri Pertahanan, Encik Luis Cresencio Sandoval, memberitahu satu sidang akhbar bahawa pasukan keselamatan telah menangkap dalang utama kumpulan Sinaloa yang berusia 32 tahun itu.



Ovidio, banduan pelarian, kini ditahan di ibu kota Mexico City, kata Encik Sandoval.



Rakaman video yang dikongsi di media sosial, yang tidak dapat disahkan oleh agensi berita Reuters, menunjukkan pertempuran sengit berlaku pada waktu malam di bandar Culiacan, bandar utama di utara negara itu, dengan tembakan dilepaskan dari sebuah helikopter.



Pemerintah wilayah Sinaloa berkata, tiga anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam operasi tersebut.



Lapangan terbang di bandar itu menjadi sasaran keganasan dengan syarikat penerbangan Mexico, Aeromexico, mengatakan salah sebuah pesawatnya terkena tembakan sejurus sebelum melakukan penerbangan yang telah dijadualkan menuju Mexico City.



Tiada yang cedera dalam kejadian itu, katanya.



Sebuah pesawat angkatan udara Mexico turut terkena tembakan, kata agensi penerbangan Mexico, sambil menambah bahawa lapangan terbang di Culiacan, serta di bandar Sinaloa dan Los Mochis akan terus ditutup sehingga keselamatannya dapat dijamin.



Ovidio, yang menjadi orang penting dalam kumpulan itu sejak bapanya ditangkap, telah ditahan pada 2019, tetapi segera dibebaskan bagi menghentikan keganasan di bandar Culiacan yang dicetuskan oleh pengikutnya.



Insiden itu memalukan pemerintah Encik Lopez Obrador.



Penangkapan baru ini berhasil dilakukan menjelang sidang puncak para pemimpin Amerika Utara yang akan berlangsung di Mexico City minggu depan.



Presiden Biden akan hadir dan salah satu agenda sidang itu adalah isu keselamatan.



Amerika telah menawarkan ganjaran AS$5 juta ($6.72 juta) bagi mendapatkan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan Ovidio.



Namun belum jelas sama ada Ovidio akan dibawa ke Amerika, seperti bapanya, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Supermax di Colorado - penjara paling ketat di Amerika.



Menteri Luar Mexico, Encik Marcelo Ebrard, berkata sebarang ekstradisi harus dibuat mengikut peraturan dan tidak akan dilakukan segera.



Meningkatnya bilangan kematian akibat menggunakan dadah sintetik opioid fentanyl secara berlebihan di Amerika telah mendorong desakan agar Mexico bertindak tegas terhadap pembekal utama seperti kartel Sinaloa - yang bertanggungjawab mengeluarkan dan mengedarkan dadah itu.



Kumpulan itu adalah antara yang terbesar dan berpengaruh di dunia dalam hal pengedaran dadah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >