BEKAS ketua keselamatan China, Zhou Yongkang didakwa semalam atas kesalahan mengambil rasuah, menyalahgunakan kuasa dan mendedahkan rahsia negara dengan sengaja. Demikian menurut agensi berita rasmi, Xinhua.
Zhou, yang mempunyai latar belakang dalam industri minyak, merupakan anggota elit Jawatankuasa Tetap Politburo Parti Komunis dan merupakan pegawai Cina berpangkat tinggi yang akan didakwa sejak Sekawan Empat (Gang of Four) pada 1980-an.