Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72 tahun, meninggal dunia pada Rabu (11 Jan), lapor media tempatan.

Perkara itu disahkan oleh agensi berita Bernama, yang menghubungi anak saudara Allahyarham, lapor astro Awani.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut memaklumkan perkara itu menerusi akaun twitternya, sambil berkata beliau akan ke Sarawak bagi menziarahi jenazah.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, pada kira-kira 1.20 tengah hari.

Pengumuman rasmi dijadualkan dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, pada 3.30 petang.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,108.620 -8.410