MELAKA: Militan IS dari Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, kini terdesak mengekalkan gelaran sebagai pemimpin utama militan negara itu selepas rangkaian pengganas itu dipercayai telah mula hilang kepercayaan terhadapnya.
"Dia gagal menjalankan beberapa siri serangan di Malaysia seperti yang dirancang. Ia menaikkan kemarahan pemimpin kumpulan itu di Syria dan Iraq," kata sumber perisikan kepada akhbar The Star.