Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua polis: Empat siasatan telah dibuka ke atas Mahathir

Apr 11, 2016 | 02:27 PM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah membuka empat kertas siasatan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar, pada Isnin (11 April).



"Kami telah membuka empat kertas siasatan terhadap Mahathir," katanya, yang ditukil dalam laman web berita Malaysiakini.



"Ada belum lengkap dan ada sedang dibincangkan dengan Peguam Negara," ujar Tan Sri Khalid.



"Ada (siasatan) ialah kerana menghasut dan ada pula sebab perkara lain. Tiada keputusan telah dibuat setakat ini," katanya.



Beliau enggan mengesahkan apakah ada daripada siasatan itu berkaitan seruan terbaru Dr Mahathir bagi campur tangan asing untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurut laporan itu.



Dalam satu temu bual dengan akhbar The Weekend Australia, Dr Mahathir berkata peluang menewaskan Datuk Seri Najib tipis jika tidak ada tekanan luaran.



Dr Mahathir sedang mengetuai gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang menggesa Datuk Seri Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.



Beliau disoal sebelum ini disebabkan tuduhannya terhadap pemimpin Umno, dan telah menggambarkan bahawa beliau boleh ditangkap tidak lama lagi kerana serangan yang diteruskannya terhadap Putrajaya.



Pada Februari, beberapa laporan polis dibuat terhadap Dr Mahathir berhubung post blognya yang berulang menggesa agar Datuk Seri Najib meletak jawatan atas alasan skandal kewangan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >