JAKARTA: Ketua polis trafik Jakarta, Nurhadi Yuwono sedang disiasat kerana didakwa menerima rasuah, kurang empat bulan selepas memegang jawatan itu.
Yuwono didakwa menerima rasuah 350 juta rupiah ($30,450) daripada agensi yang mengatur lesen memandu dan pendaftaran kenderaan, lapor Jakarta Post semalam.