Ketua tentera Thai dilantik sebagai perdana menteri

BANGKOK: Parlimen Thailand tadi telah memilih Jeneral Prayuth Chan-ocha sebagai perdana menteri, sekali gus memperkukuhkan kuasa tentera di negara berkenaan.

Jeneral Prayuth, yang menyingkir kerajaan dipilih rakyat dalam rampasan kuasa pada 22 Mei lalu, disokong oleh 191 ahli di dewan yang mempunyai 197 ahli itu. Tiga orang berkecuali dan tiga lagi tidak hadir.

Tidak ada ahli Parlimen yang menentang bagi pemilihan pemimpin tentera itu, iaitu calon tunggal bagi jawatan berkenaan.

Pemilihannya memerlukan perkenan Raja Bhumibol Adulyadej. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.