SEOUL: Samsung Electronics melaporkan keuntungannya merosot 17 peratus dalam suku ketiga selepas masalah telefon bijak Note7 yang terbakar menjejas keuntungan yang diraih syarikat gergasi itu.
Berpuluh-puluh laporan mengenai kebakaran bateri dan letupan telah menyebabkan Samsung menghentikan pengeluaran Note7 - model yang paling menguntungkan bulan ini.