Khairy: Bola sepak M'sia merosot sebahagiannya akibat rasuah

KUALA LUMPUR - Kemerosotan yang dialami oleh sukan bola sepak Malaysia sebahagiannya berpunca daripada masalah rasuah, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Malaysia dibebani dengan masalah kes-kes menetapkan perlawanan dan Encik Khairy berkata ia belum lagi dapat diselesaikan sepenuhnya meskipun usaha padu telah dilaksanakan.

"Menetapkan perlawan telah membelenggu bola sepak nasional sejak beberapa tahun lalu," kata beliau yang ditukil oleh agensi berita Bernama.

Malaysia kini berada di tangga 171 dalam ranking Fifa daripada senarai 209 pasukan - yang terburuk pernah dialaminya.

Ini selepas pasukan negara itu kecundang 10-0 di tangan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia September lalu.

Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada UAE malam ini dengan perlawanan tersebut diadakan secara tertutup selepas berlakunya kekacauan penonton ketika Malaysia kalah kepada Arab Saudi September lalu. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.