Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khairy: Tiada layanan istimewa untuk Najib

Sep 22, 2022 | 04:17 PM



PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, menafikan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi layanan istimewa kepada bekas perdana menteri, Encik Najib Tun Razak, dengan menempatkannya di Hospital Rehabilitasi Cheras.


Sebaliknya, beliau berkata Ahli Parlimen (AP) Pekan itu akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukumannya selepas doktor dan pakar mengesahkan beliau sudah boleh dibenarkan keluar.


Katanya, sebelum itu doktor dan pakar yang merawat Encik Najib akan mengadakan sidang keluarga untuk memaklumkan mengenai keadaan  kesihatannya.


“Tiada layanan istimewa. Dia pada mulanya dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini di Hospital Rehabilitasi Cheras.


“Ketika ini, mereka (doktor dan pakar) sedang menyediakan laporan kesihatan Najib untuk dikongsikan dengan keluarganya pada sidang keluarga itu.


“Sebaik laporan kesihatan sudah disediakan, ia bermakna pakar sudah berpuas hati (dengan tahap kesihatan) dan Najib boleh pulang (ke penjara),” katanya pada sidang media khas pencapaian satu tahunnya sebagai Menteri Kesihatan, pada Rabu (21 Sep).


Encik Khairy berkata beliau juga tidak boleh mengarahkan bila doktor dan pakar yang merawat Encik Najib patut mengadakan sidang keluarga itu. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >