Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khalid ingin rebut kerusi timbalan presiden PKR

Mar 01, 2014 | 07:12 PM



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengumumkan semalam hasratnya bertanding merebut jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang kini disandang Encik Azmin Ali, pada kongres parti itu Mei ini.


Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai satu tanggungjawab bagi "memperbaiki asas parti", sambil menyataka ada beberapa kelemahan dalam parti, lapor The Malaysian Insider.


Sebelum ini, hubungan Tan Sri Abdul Khalid dengan Encik Azmin dilaporkan "tidak begitu mesra" apabila timbalan presiden PKR itu sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri berhubung beberapa isu.


Antara lain, Encik Azmin, pada 28 November lalu menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 peratus hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari lalu kerana menganggapnya terlalu tinggi dan perlu ditangguh.


Terbaharu, krisis di antara Encik Azmin dengan Tan Sri Abdul Khalid memuncak apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuat kuasa 10 Januari lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >