Khalid mahu rebut jawatan Timbalan Presiden PKR

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Tan Sri Abdul Khalid, beliau mengambil keputusan untuk bertanding atas desakan rakan-rakan yang mengatur pelbagai mesyuarat dengannya untuk menyakinkannya.

Laman The Star Online menukil Tan Sri Abdul Khalid sebagai berkata dalam satu sidang media selepas majlis mengetengahkan budaya dan adat Melayu hari ini:

"Mereka mahu seorang Menteri Besar bukan saja mentadbir negeri tetapi juga seseorang yang boleh berkhidmat untuk PKR."

Ketika ditanya sama ada beliau mendapat restu daripada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Khalid berkata, Anwar menyedari usaha yang diambil untuk memperkukuhkan parti.

Namun, Abdul Khalid berkata, beliau tidak akan bercakap mengenai perkara itu sehingga Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang diadakan 23 Mac ini selesai.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.