Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kian ramai pemimpin Republikan belot terhadap Trump

Oct 10, 2016 | 08:37 AM



WASHINGTON: Semakin ramai pemimpin Republikan belot terhadap calon presiden mereka, Encik Donald Trump, selepas tersiar lewat minggu lalu video yang menunjukkan beliau bercakap tentang wanita dari segi seks dengan lucah.



Bukan sahaja kontroversi terbaru itu mengenakan satu tamparan terhadap kempen Encik Trump, ia bahkan menjerumuskan partinya dalam krisis sebulan sebelum pilihan raya pada 8 Nov.



Bimbang pencalonan Encik Trump di ambang melemahkan kempen keseluruhan Republikan, sekumpulan senator, termasuk Encik John McCain, dan anggota Dewan, menarik balik sokongan mereka, dengan beberapa daripada mereka menuntut beliau berundur.



Encik Trump, bagaimanapun, berikrar akan kekal dalam perlumbaan itu, dan berkata beliau mempunyai "sokongan amat besar". Pada Ahad (9 Okt), beliau mengutuk orang yang menarik balik sokongan mereka padanya dengan berkata dalam Twitter: "Ramai hipokrit menganggap diri mereka baik. Tengok angka tinjauan - dan pilihan raya - mereka jatuh."



Terdahulu, Encik McCain, calon presiden parti itu pada 2008, berkata: "Tingkah laku Donald Trump minggu ini, dan berakhir dengan pendedahan kenyataan beliau tentang wanita yang merendahkan martabat wanita dan rasa bangga beliau mengenai serangan seks, menjadikan mustahil untuk terus memberi sokongan, walaupun bersyarat, bagi pencalonannya."



Dan dalam teguran oleh rakan gandingannya, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, calon naib presiden Republikan, Encik Mike Pence, enggan hadir bagi pihak Encik Trump dalam sebuah perhimpunan parti di Wisconsin.



"Saya tidak menyokong kenyataan beliau dan tidak boleh mempertahan kenyataan tersebut," kata Gabenor Indiana itu.



Isteri Encik Trump, Cik Melania, menggesa pengundi supaya menyokongnya, walaupun beliau berkata kenyataan suaminya "tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan bagi saya".



Menjelang petang Sabtu (8 Okt), tidak kurang 36 anggota Kongres dan gabenor Republikan, yang sebelum ini tidak menolak kemungkinan menyokong Encik Trump, menolak pencalonannya - pembelotan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh parti terhadap wakil mereka.



Pembantu Encik Trump menyifatkan beliau goyang apabila menonton liputan berita video itu.



Beliau memohon maaf dalam satu kenyataan rakaman video, berkata: "Saya telah berkata dan melakukan perkara yang saya kesal, dan kata-kata yang dikeluarkan hari ini pada video lebih satu dekad lalu salah satu daripada mereka."



Tetapi dalam satu temu bual telefon ringkas pada Sabtu, Encik Trump juga berkata beliau "tidak akan meninggalkan perlumbaan ini dalam satu juta tahun".



Namun, keadaan telah berkembang begitu buruk hingga ramai orang dalam parti Republikan merayu beliau supaya menarik diri dan membiarkan Encik Pence menjadi calon presiden, walaupun ini sukar dilakukan.



Satu tinjauan Reuters-Ipsos menunjukkan calon presiden Demokrat, Cik Hillary Clinton, lima mata di depan Encik Trump pada Jumaat lalu, sebelum video itu muncul. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >