PHNOM PENH – Beratus-ratus warga China telah melarikan diri ke Kemboja selepas beribu-ribu penunjuk perasaan anti-China mencetuskan keganasan apabila membakar beberapa pejabat dan kilang milik China dan Taiwan di kawasan perindustrian di selatan Vietnam, hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang.
Rusuhan yang luar biasa di Vietnam itu berlaku pada Selasa apabila beribu-ribu pekerja mengadakan bantahan terhadap penempatan kapal penggerudi minyak dari Beijing di kawasan perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.
Para penunjuk perasaan menyasarkan syarikat-syarikat perkilangan yang dimiliki atau diuruskan oleh negara China, mengakibatkan tiga kilang dibakar, kata Taman Perindustrian Vietnam Singapura.