KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang, menjangkakan seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menjadi "mangsa" seterusnya dalam usaha kerajaan Malaysia menutup mulut pengkritik 1MDB.
"Saya hanya mangsa terbaru raksasa 1MDB dan ramai lagi, termasuk Dr Mahathir, bakal menjadi korban," katanya dalam satu kenyataan media, lapor Malaysiakini semalam.