KL: Asean perlu berdepan dengan kuasa besar sebagai sebuah kumpulan

MENTERI Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menekankan pada Selasa (3 Nov) pentingnya Asean berdepan dengan Amerika Syarikat dan China sebagai sebuah kumpulan.

"Bagaimana kita berdepan dengan kuasa besar sebagai sebuah kumpulan Asean sangat penting. Secara individu, kita tidak mungkin mempunyai kesan banyak... tetapi, bersama sebagai 10 negara yang menangani kuasa-kuasa besar, kita boleh membuat perbezaan," katanya.

Datuk Seri Hishammuddin berkat demikian dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan rahat Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Kuala Lumpur.

Para menteri itu membincangkan isu-isu keselamatan serantau di tengah-tengah perebutan berkaitan Laut China Selatan antara China dan Amerika serta beberapa negara anggota Asean.

Ia diadakan seminggu selepas kapal pemusnah peluru berpandu Amerika belayar berhampiran salah satu daripada pulau buatan China di perairan yang dipertikai itu, mencetuskan kemarahan China.

Datuk Seri Hishammuddin mengalu-alukan kuasa besar di dunia beroperasi di perairan antarabangsa, termasuk Laut China Selatan, tetapi menegaskan mereka perlu mematuhi undang-undang antarabangsa.

"Ya, saya percaya adalah penting bahawa semua kuasa besar yang mempunyai kepentingan atau berasa mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab di rantau ini, berada di sana.

"Tetapi perkara paling penting ialah kehadiran kuasa luar Asean, saya berharap, tidak akan mewujudkan keadaan yang akan meningkatkan ketegangan dan membuat air lebih keruh," katanya.

Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Ashton Carter, memberitahu rakan sejawatannya dari China, Encik Chang Wanquan, pada Selasa bahawa tentera Amerika akan terus beroperasi di Laut China Selatan, kata seorang pegawai pertahanan kanan Amerika selepas dua ketua pertahanan itu bertemu di Kuala Lumpur.

Mereka dijadual menyertai mesyuarat ADMM-Plus hari ini, yang mengumpulkan Asean dan enam rakan dialognya, yang termasuk Jepun dan Russia.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 74
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.